Monday, 26 November 2012

Nikah gantung VS tunang

Assalamualaikum..:)

hai,kali ini tibe2 terdetik di hati nak post pasal nikah2 ni..hehe..gataiii noi.eh,xde la macam tu..niat saya hanya satu,untuk berkongsi dgn kwn2 tentang nikah gantung..peace..:)

klw korang nak taw,nikah gantung ni didalm bahasa arabnya adalah "nikah khitbah" dan sudah lama diamalkan di kalangan masyarakat arab sana.cume hal2 nikah seperti ini jarang diamalkan di Malaysia sebb mungkin cara pemikiran masayrakat kita yg kurang menerima..
sebenarnye.nikah khitbah ini mcm cara "bertunang" yang lebih selamat dan terjamin..
OKIES..kat bawah ni sy da buat lam bentuk point..so korang lebih mudah nak pham..


Hadis Rasulullah (saw)
"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"




NIKAH KHITBAH

  • pengertian :Nikah Khitbah atu nikah gantung adalah bermaksud pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah dalam satu masa atau tempoh yang telah ditetapkan hasil persetujuan kedua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Tanggungjawab seorang suami kepada isteri dalam pemberian nafkah juga dapat diringankan dan dikurangkan.

Syarat Perkahwinan Nikah Gantung

  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Wali dan saksi
  • Akad Ijab Qabul
  • Mas kahwin yang ditetapkan
  • Hantaran yang ditangguhkan dahulu

Antara Sebab Nikah Gantung Dilakukan

  • Seorang suami yang masih tidak mampu untuk menyara seorang isteri
  • Pasangan pengantin yang masih lagi belajar atau tinggal berjauhan
  • Belum bersedia untuk berkahwin atau menunaikan tanggungjawab rumahtangga (http://www.bukitbesi.org/nikah-gantung-dalam-islam/)
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia(belajar, cari wang yg mencukupi, etc)(http://temetemerity.blogspot.com/2012/02/nikah-khitbah-vs-tunang.html)
walaubagaimanpun,pernikahan seperti haruslah mendapat kebenaran daripada ibubapa dan keluarga daripada kedua2 belah pihak terlebih dahulu agar tidak ade masalh di kemudian hari.Perkhawinan seperti juga dapat elakkan maksiat kan...lepas nikah..nak wat date ke..nak pegang ke..seme dah halal..siap dapat pahala lagi taw..:).ibubapa isteri masih perlu menanggung /menyara si isteri seperti biasa.tetapi..adalah lebih baek kalaw suami boleh bagi nafkah.

 p/s : lelaki lagi hanya perlu buat kenduri sekali saje ...sekali jerrrr..:)

bertunang ni plak lebih kepada adat.."Adat tetap adat,,jgn adat melebihi ibadat"..hehe.okies..ramai yang dah taw pasal bertunang kan.

  • menyatakan hasrat kepada keluarga perempuan (mcm cop awal2 la)
  • berdosa sekiranya melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan antara bukan mahram selagi tidak ada ikatan yang sah.
  • si perempuan belom tentu menjadi bakal isteri
  • tidak sah sebagai suami isteri dan tidak boleh duduk bersama.
  • pihak lelaki perlu mengadakan kenduri sekurang-kurang nya 3KALI ...banyak jugak tu bro,:)
sumber gambar
 (http://temetemerity.blogspot.com/2012/02/nikah-khitbah-vs-tunang.html)


sweet kan nikah khitbah?bukan setakat halal..malah mendapat pahala..untuk maklumat atau info yang lebih dan tepat..kwn2 boleh tanya pada ustaz atau ustazah korang.:)..tiada niat laen..entry pada kali ini hanya ingin berkongsi..Wallahualam.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment